a N n D i E L i N a

Me, MySeLf aNd I

Tuesday, March 14, 2006

Bangun Semula ~ Black Coffee Honey

uuu.........
(*)
kali pertama berjumpa
senyumanmu oh manisnya
bersamamu oh indahnya
terhenti saat ketika

lantas aku tidak sedar
semua bohong belaka
ku hanyut dan jadi leka
kau janji akan setia

(korus)
tiada yg pedihnya
dari jatuh dan ditinggalkanmu
pedih sakit luka
inginku bangun semula

kekuatanku ini
hanya tuhan yang mengerti
disini aku berdiri
ku tak perlukan kau lagi

ulang *
ulang korus
awalnya indah semua
namun akhirnya bencana
aku tega takdir dan karma
hidup ini ada penih suka dan duka
aku bangun semula

ku selama dipunya
teman penghibur duka dan lara
jua kau pendusta
kau memang tidak benar
ulang korus

Friday, March 10, 2006

MeNCaRi - CaRi

Just share with all of you. Sapa tak pernah frust dlm bercinta ni..tapi lelama malas nak pikir....awak kerja dier lari...tak kerja dia datang dan kekadang menghilang terus..

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Friday, February 10, 2006

lame giler tak update

been long enough tak update blogkan.. me ader this one time rajin giler.. sampai tah ape2 bende taruk kat blog nie..sorry la pasal skin yg tak siap nie.. been lazy & busy lately nie.. so tak sempat nak siapkan..

anyway for last semester... everything going well.. Thank Allah.. although during the semester before that mcm2 jadi.. something yg tak pernah terpikir i akan buat.. anyway it just a mistake that i done.. tp alhamdulillah semuenyer dah ok... Thank God my friends are still here.. :D

Tuesday, October 25, 2005

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalaulelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nantimereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakansejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajarmemasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruhmenumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantuibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuhsemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya sayajuga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti bolehmenjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramaiwanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama danungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi danpenyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagigaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagairaja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajariilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebihperlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perluboleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telahditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepadakeluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengusteman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikansembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakinikepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takutbacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakanisterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyangsendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yangrugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanitaperlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadiimam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah ataumenjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Monday, October 24, 2005

LaSt Kuih RaYe..



today uat puding mango n choc conflakes.. pasnie tutup kedai tak buat kuih dah.... tunggu raye jer...

k laa korg lagi brp ari jer nak raye dah nie.. so nak wish kat semue SELAMAT ARI RAYE AIDILFITRI n HAPPY DEPAVALI gak..


Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Find me on MySpace and be my friend!
  • Web Counter
    Web Counter
  • ~~Vote 4 Me~~


    PeRSoALaN HaTi
    MaNa KoRaNg PiLiH uTk PaSaNgAn iDuP??

    org yg korang sayang
    org yg sayang korang

    WaKTu SoLat